Ugutan jenayah terhadap Azam Baki oleh Albert Tei diklasifikasi NFA

Tan Sri Azam Baki (kiri dan Albert tei

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Kertas siasatan aduan ugutan jenayah berhubung pengaduan Tei Jiann Cheing (Albert Tei) terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kertas siasatan ugutan jenayah diklasifikasikan sebagai NFA oleh Jabatan Peguam Negara.
  • PDRM mengemukakan kertas siasatan berhubung pengaduan Albert Tei terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM.
  • Tuduhan adalah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan ugutan jenayah.
  • Dapatan penelitian mendapati elemen kesalahan ugutan tidak dapat dibuktikan.

Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan memaklumkan, kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pengaduan Albert Tei terhadap Tan Sri Azam bagi kesalahan ugutan jenayah bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan.

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati, elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan.

“Oleh yang demikian, kertas siasatan tersebut telah diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action atau tiada tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.