fb fb fb fb fb

Tutup sekolah pondok: MCMC sedang kenal pasti pihak terlibat sebar berita palsu

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil /BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Oktober– Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihak yang terlibat menghasilkan dan menyebarkan berita palsu kononnya kerajaan akan menutup sekolah pondok tidak berdaftar di Kedah dan Kelantan.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat selaras dengan peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Semalam telah di maklumkan kepada saya mengenai satu berita palsu yang telah tular di media sosial yang mendakwa kononnya pihak kerajaan berhasrat untuk menutup sekolah-sekolah pondok yang tidak berdaftar di kedah dan kelantan dan semalam yang Berhormat Menteri Agama telah mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut dan aduan telah dipanjangkan kepada MCMC", katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika berkongsi sebarang kandungan di media sosial dan memastikan kesahihan maklumat yang diterima sebelum berkongsi.

Selain itu, orang ramai juga disaran menyemak fakta dan mendapatkan pengesahan daripada media arus perdana atau sumber rasmi kerajaan sebelum mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat.

SITI NOORAIN ABDULLAH