ARAU, 29 Oktober- Tujuh buah rumah di Kampung Padang Besar Kurung Anai di sini rosak selepas bumbung diterbangkan ribut dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang di sini, sekitar pukul 3.00 petang tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, kejadian angin kencang itu adalah kali kedua berturut-turut berlaku di negeri berkenaan.
Petang semalam, empat buah rumah di Rancangan Perumahan Awam Mata Ayer 2 juga rosak dalam kejadian sama.
Pihak MAIPs sedang menyelaras serta mengemaskini anggaran sebenar kerosakan berdasarkan laporan dan tinjauan ke setiap rumah terjejas.
Mereka yang terjejas diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan kejadian berserta gambar kerosakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bagi kerosakan kecil di bawah RM3,000 akan diuruskan pijak JKM, manakala MAIPs bertanggungjawab bagi kerosakan besar atau melebihi had ditetapkan JKM .
ARTIKEL BERKAITAN:
Mata Ayer dilanda ribut, empat rumah terjejas