fb fb fb fb fb

Mata Ayer dilanda ribut, empat rumah terjejas

Antara rumah yang dilanda ribut di Perlis hari ini

MATA AYER, 28 Oktober- Sebanyak empat buah rumah rosak akibat bumbung diterbangkan angin susulan kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda sini di Perlis, kira-kira pukul 4.00 petang tadi.

Sehingga pukul 11.00 malam tadi, kawasan terlibat adalah di kawasan Rancangan Perumahan Awam Mata Ayer 2.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, pihaknya sedang menyelaras serta mengemas kini anggaran sebenar kerosakan setiap rumah terlibat berdasarkan laporan dan tinjauan.

Mereka yang terjejas diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan berkenaan berserta gambar kejadian kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pihak JKM akan menyelaras bantuan membaiki rumah yang mengalami kerosakan kecil, manakala bagi kerosakan besar melebihi had ditetapkan JKM adalah di bawah tanggungjawab MAIPs.

 

SITI AISHAH BINTI MD ISA