fb fb fb fb fb

Tujuh diberkas terlibat judi dalam talian

FOTO RTM

ALOR SETAR, 2 Januari- Tujuh individu diberkas dalam dua serbuan kerana dipercayai melakukan aktiviti perjudian  dalam talian dan loteri haram.
 
Serbuan dilakukan di kawasan Taman Mutiara, Sungai Kob, Kulim, Kedah, pada malam Isnin
 
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, dalam operasi tersebut, polis berjaya menangkap lima lelaki berusia 21 hingga 62 tahun.
 
Tambah Fisol, polis turut merampas lima telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk aktiviti judi dalam talian dan sejumlah wang tunai.
 
Kesemua yang ditahan disiasat dibawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda antara RM10,000 hingga RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan hukuman penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.
 
Sementara itu, dalam serbuan aktiviti menjual loteri haram pula, dua lelaki warga tempatan berusia 19 dan 38 tahun ditahan di sebuah premis di lokasi sama.
 
Polis turut merampas sejumlah wang tunai dan peralatan yang digunakan dalam aktiviti loteri haram di dalam premis.
 
Kes disiasat dibawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 serta hukuman penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD