fb fb fb fb fb

Tujuh agensi penguat kuasa KPKM digabung

Datuk Seri Mohamad Sabu

PUTRAJAYA, 9 Oktober - Tujuh agensi penguat kuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan digabungkan bagi memperkukuh kawal selia sektor agromakanan. 

Tujuh agensi terlibat ialah Kawalselia Padi dan Beras (KPB); Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS); Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Ia turut melibatkan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF); Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penggabungan tujuh agensi penguatkuasaan berkenaan melibatkan keseluruhan 2,030 anggota penguat kuasa dan 14 akta, bagi memastikan penguatkuasaan lebih optimum dan membendung isu ketirisan dan penyeludupan.

"Ingin saya tegaskan bahawa reformasi yang sedang diusahakan Kementerian ini bukanlah kerana ada agenda politik, tetapi ia dilakukan adalah untuk kebaikan dan masa depan," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan KPKM, di Putrajaya.

Menurutnya lagi, cadangan penggabungan itu akan dibincang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 1 November depan. 

Tambahnya, reformasi pentadbiran turut dilaksanakan di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dalam masa terdekat.

Trainee2