fb fb fb fb fb

Tragedi helikopter: Tiga mangsa alumni UTM

Mustapha Sakmud

KUALA LUMPUR, 24 April- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menzahirkan ucapan takziah kepada semua kepada keluarga mangsa nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata tiga daripada 10 mangsa yang terkorban merupakan alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mereka terdiri daripada Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Komander Muhamad Amir Mohamad dan Komander Muhammad Firdaus bin Ramli.

"Saya bagi pihak KPT ingin mengucapkan setinggi tinggi-tinggi takziah kepada semua keluarga mangsa nahas tragedi helikopter, yang amat menyedihkan negara.

"Kami di KPT khususnya UTM merasa sedih sebab tiga mangsa berkenaaan adalah alumni UTM.

"Kami berharap keluarga mangsa terlibat bersabar dengan ujian ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan meja bulat duta-duta anjuran UTM di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM