fb fb fb fb fb

TPM rasmi Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024

Ahmad Zahid Hamidi tiba di sebuah hotel di Shah Alam bagi majlis perasmian Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024/Foto RTM

SHAH ALAM, 19 September - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir merasmikan Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024, di sini yang berlangsung dua hari bermula hari ini.

Ketibaan beliau diiringi Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Bertemakan “Menelusuri Sejarah : Membina Perpaduan Negara Bangsa,” konvensyen kali ini mempericikan empat tema utama iaitu Persekutuan, Ekonomi, Masyarakat dan Pembinaan Negara, sejajar dengan usaha melestarikan kepentingan elemen sejarah sebagai tunjang pembentukan masyarakat Malaysia MADANI.

Turut diadakan ialah sesi pembentangan kertas, sesi forum oleh tokoh yang berpengalaman serta pameran eksklusif bertemakan Perjuangan Perdana Ke Arah Kemerdekaan melibatkan para akademik.

ARTIKEL BERKAITAN:

Trainee