TPM Fadillah saksi Penyerahan Projek Siap NRW Nasional Pendekatan 1

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Siap NRW Nasional Pendekatan 1, Program Skuad PETRA

KUCHING, 13 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Siap Program Non- Revenue Water (NRW) Nasional Pendekatan 1 Negeri Sarawak di Stesen Pam Penggalak Sungai Lumut, Kuching pada hari kedua Lawatan Kerja Zon Sarawak Skuad Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyerahan projek daripada kontraktor kepada Ketua Pengarah JBA PETRA Ir. Ts. Anita Shafiee, kemudian diserahkan kepada Pengarah JBALB Sarawak Ts. Ahmad Selihin Che Said.
  • Inisiatif strategik kerajaan untuk mengurangkan kadar kehilangan NRW melalui penambahbaikan sistem pengukuran, kawalan dan pemetaan rangkaian bekalan air.
  • Fokus pada pemasangan dan penggantian meter System Input Volume serta meter pengguna, serta pembangunan sistem pemetaan GIS untuk ketepatan data dan pengurusan aset.
  • Pelaksanaan Program NRW Nasional Pendekatan 1 oleh JBA melibatkan aset JBALB negeri, memantapkan pengukuran data untuk pelan tindakan sistematik dan mobilisasi pengurangan kehilangan air.

Majlis penyerahan di antara kontraktor kepada Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (JBA PETRA) Ir. Ts. Anita Shafiee seterusnya kepada Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, JBALB Sarawak Ts. Ahmad Selihin Che Said.

Projek tersebut merupakan inisiatif strategik Kerajaan bagi mengurangkan kadar kehilangan NRW melalui penambahbaikan sistem pengukuran, kawalan dan pemetaan rangkaian bekalan air

Ia memberi tumpuan kepada pemasangan dan penggantian meter System Input Volume, meter pengguna serta pembangunan sistem pemetaan berasaskan Geographic Information System bagi meningkatkan ketepatan data, kecekapan operasi dan keberkesanan pengurusan aset

Program NRW Kebangsaan Pendekatan 1 di Negeri Sarawak dilaksanakan oleh JBA di seluruh negeri yang melibatkan aset bekalan air di bawah pentadbiran JBALB.

Melalui pengukuhan aspek pengukuran dan pengurusan data, projek ini berfungsi sebagai pemangkin kepada JBALB untuk merangka pelan tindakan yang lebih sistematik dan konsisten.

Inisiatif ini bukan sahaja menyasar kepada pengurangan kadar NRW, malah memastikan setiap gerak kerja penurunan kehilangan air dapat dimobilisasikan dengan lebih berkesan di seluruh Sarawak.