fb fb fb fb fb

Tindakan isu penipuan pakej umrah telah diambil - Dr Nai'im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar

JERANTUT, 30 Disember - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar menjelaskan isu penipuan pakej umrah yang berleluasa sejak kebelakangan ini bukan bawah bidang kuasa kementeriannya.

Katanya, semua syarikat atau agensi yang menawarkan pakej umrah itu adalah tertakluk kepada akta bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Sehubungan itu MOTAC telah mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perkara itu.

"Dengan MOTAC khususnya untuk melihat pada agensi agensi yang telah disenarai hitamkan dalam kontek haji pula boleh berhubung dengan Tabung Haji, sebab kita memang sudah keluarkan sijil mengendalikan haji ini kepada agensi pelancongam yang tertentu, yang mana mereka ini mengemukan permohonan kemudian disemak kemampuan mereka untuk mengendalikan haji itu. Contohnya daripada sudut kewangan dan kekuatan kewangan mereka ada dan sebagainya," kata Dr Mohd Nai'im kepada media ketika  menghadiri program penyampaian sumbangan kepada penduduk terjejas banjir, di sini.

Beliau mengulas berkaitan peningkatan laporan penipuan pakej umrah sejak awal tahun ini yang membabitkan kerugian sehingga jutaan ringgit.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta semua pentadbir masjid dan surau yang terjejas akibat banjir mengemukakan permohonan kepadanya untuk mendapatkan peruntukan kecemasan.

"Jadi jumlah agensi-agensi agama persekutuan membantu pada hari ini lebih RM90,000 hingga RM92,000 secara tunai yang kita bantu dan agensi-agensi lain seperti yayasan takwa membantu memberi toto dan ada yang bagi kit ibadah seperti tabung haji dan lain," katanya lagi.

Seramai 29  penduduk terjejas banjir di sini dan 126 penduduk terjejas banjir di Raub menerima sumbangan sempena majlis itu.

Sebanyak RM92,000 wang tunai diagihkan kepada ketua isi rumah terlibat selain pelbagai bantuan barangan keperluan asas lain.

TETITIA YUSOFF