
TEHRAN, 23 Mei – Panglima Angkatan Tentera Pakistan, Asim Munir mengadakan lawatan rasmi ke Iran pada Sabtu bagi membincangkan isu keselamatan serantau.
- Rundingan termasuk perjanjian damai AS dan Iran serta pengukuhan kerjasama dua hala.
- Pertemuan diadakan dengan Presiden, Speaker Parlimen dan Menteri Luar Iran bagi membincangkan isu keselamatan.
- Ghalibaf mendakwa AS melanggar gencatan senjata dengan mengenakan sekatan laut terhadap Iran.
- Konflik sebelumnya: operasi ketenteraan AS dan Israel, balasan peluru berpandu Iran, gencatan senjata sementara masih belum capai penyelesaian muktamad.
Antara rundingan tersebut termasuk perjanjian damai Amerika Syarikat-Iran dan kerjasama dua hala.
Asim Munir mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, selain bertemu Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf dan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi.
Dalam pertemuan itu, Ghalibaf mendakwa AS melanggar perjanjian gencatan senjata dengan mengenakan sekatan laut terhadap Iran.
Beliau turut memberi amaran bahawa angkatan tentera Iran kini lebih bersedia dan sebarang konflik baharu yang dicetuskan Washington.
Media Pakistan melaporkan lawatan itu turut memberi fokus kepada usaha diplomatik, kestabilan Asia Barat dan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
Perkembangan itu berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa Iran mahu mencapai perjanjian baharu dengan Washington berhubung isu nuklear.
Terdahulu, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan operasi ketenteraan bersama terhadap Iran pada Februari lalu sebelum Tehran bertindak balas dengan serangan peluru berpandu di rantau berkenaan.
Pada 8 April lalu, Trump mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu bagi memberi ruang kepada rundingan, namun proses diplomatik setakat ini masih belum mencapai sebarang penyelesaian muktamad. – VIORY