TIKAM BATU, 24 Januari - Tiga nelayan Kedah yang dilaporkan hilang pada 9 Januari lalu dan ditemui selamat di Indonesia, pulang ke kampung mereka di Pengkalan Batu Melintang,Tikam Batu, pagi semalam.
Menurut Asrulhisham Zainol, 47 tahun menceritakan detik mereka bertiga iaitu dia, anaknya Shahril Aiman,17 tahun dan rakannya Mohamad Amin Suffian,30 tahun berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang ke pengkalan selepas selesai merawai ikan di Pulau Payar.
Bot mereka hanyut akibat kerosakan enjin dan diselamatkan nelayan Acheh selepas berada lima hari di lautan perairan Indonesia.
"Nelayan Acheh itu kemudian menghubungi Imigresen dan Polis Republik Indonesia (Polri) yang kemudiannya membawa kami ke pusat tahanan Imigresen Langsa, Acheh untuk proses dokumentasi dan tinggal tinggal di sana sehinggalah dibenarkan pulangm," menurut Asrulhisham.
Sementara itu Halimah Saari,67, ibu kepada Asrulhisham bersyukur akhirnya dapat bertemu semula dengan ahli keluarganya itu selepas terpisah selama 14 hari.