fb fb fb fb fb

Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Oktober

Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Putrajaya

PUTRAJAYA, 2 Oktober - Tiada keperluan untuk log masuk MyJPJ menggunakan MyDigital ID, sebaliknya orang ramai boleh guna aplikasi tersebut seperti biasa.

"Orang ramai tidak perlu ada kebimbangan bahawa selepas 10 Oktober ini tidak boleh pakai MyJPJ. Itu tidak wujud. MyJPJ boleh terus diakses dengan mudah dengan cepat," kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke kepada pemberita dalam sidang media, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata arahan berhubung keperluan penggunaan MyDigital ID dalam MyJPJ dikeluarkan menerusi pengumuman tetingkap timbul ('pop-up announcement') dalam aplikasi itu.

Arahan tersebut bukan pengumuman rasmi daripada Kementerian Pengangkutan atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan telah diturunkan serta-merta.

Beliau berkata kementerian menyokong penggunaan MyDigital ID namun proses pengintegrasian dengan aplikasi MyJPJ perlu dibuat secara ‘back-end’.

“Kita telahpun mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan supaya penggunaan MyDigital ID sebagai 'log in' kepada aplikasi MyJPJ perlu dilaksanakan dengan mudah.

“Ia supaya tidak memberikan apa-apa masalah kepada pihak pengguna MyJPJ dan kita akan mengambil sedikit masa untuk pengintegrasian secara 'back-end',” katanya. 

TETITIA YUSOFF