
KUALA LUMPUR, 2 April- Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda timur Indonesia di utara Laut Maluku, pagi tadi.
- Gempa bermagnitud 7.7 direkodkan pada pukul 6.48 pagi.
- Pusat gempa pada koordinat 1.2 darjah utara, 126.3 darjah timur; kedalaman 10 kilometer.
- Dikesan kira-kira 128 km ke timur dari Bitung, Indonesia.
- METMalaysia memantau kejadian; USGS dan PTWC memberi amaran potensi tsunami berbahaya hingga 1,000 km.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi bermagnitud 7.7 itu berlaku pada 6.48 pagi.
Menurut kenyataan itu, pusat gempa terletak pada koordinat 1.2 darjah utara dan 126.3 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).
Gempa berkenaan dikesan kira-kira 128 km ke timur dari Bitung, Indonesia.
“METMalaysia sedang memantau kejadian ini,” menurut kenyataan.
Terdahulu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC)memaklumkan gelombang tsunami berbahaya berpotensi berlaku dalam lingkungan 1,000 kilometer dari pusat gempa di sepanjang pesisir Indonesia, Filipina dan Malaysia.