TH teliti cadangan tambah bantuan kewangan haji, jika kos terus meningkat

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Cadangan menambah bantuan kewangan haji kepada bakal jemaah golongan B40 bagi musim haji akan datang akan diteliti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tabung Haji terus menyediakan bantuan kewangan haji secara bersasar kepada golongan B40 walaupun kos haji meningkat.
  • Kos sebenar menunaikan haji RM33,300 seorang; jemaah B40 hanya perlu bayar RM15,000, baki ditanggung melalui bantuan TH.
  • Bantuan kewangan dibiayai daripada keuntungan pelaburan Tabung Haji yang dijana daripada simpanan para pendeposit.
  • Pemberian bantuan perlu dibuat secara bersasar dan berhemah, mengambil kira keperluan bakal haji serta kepentingan para pendeposit.

Ia bagi memastikan golongan ini terus berpeluang menunaikan ibadah haji, sekiranya berlaku peningkatan kos.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, bagi musim haji tahun ini, pihak Tabung Haji (TH) terus menyediakan bantuan kewangan haji secara bersasar kepada golongan B40, walaupun kos haji meningkat.

Daripada kos sebenar menunaikan haji berjumlah RM33,300 seorang, jemaah kategori B40 hanya perlu membayar RM15,000, manakala baki iaitu RM18,300 ditanggung menerusi bantuan kewangan yang disediakan TH.

“Bantuan kewangan haji ini dibiaya daripada keuntungan pelaburan Tabung Haji yang dijana daripada simpanan para pendeposit.

“Oleh itu, pemberian bantuan kewangan haji perlu dibuat secara bersasar dan berhemah dengan mengambil kira keperluan bakal haji, serta kepentingan para pendeposit Tabung Haji secara keseluruhannya.

“Insya-Allah, Tabung Haji akan memperhalus cadangan untuk menambah bantuan kepada golongan B40 bagi musim haji akan datang,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan wakil Batu Pahat, Onn Abu Bakar semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.