fb fb fb fb fb

Terima suapan RM700, pembantu penguatkuasa didenda RM2,000

JOHOR BAHRU, 29 Mac - Seorang pembantu penguatkuasa didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku bersalah menerima rasuah pada Mei tahun lalu.

Pengakuan dibuat tertuduh Muhamad Basri Bonari, 43 tahun di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail.

Tertuduh yang bertugas sebagai Pembantu Penguatkuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Muar , didakwa menerima suapan RM700 daripada sebuah syarikat, supaya tidak mengambil tindakan terhadap syarikatnya yang menjalankan perniagaan barang kawalan bekalan.

(Pembantu penguatkuasa mengaku bersalah menerima rasuah Mei tahun lalu)

Kesalahan dilakukan di stor syarikat pada pukul 4.55 petang, 10 Mei 2021.

Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ikhwan Ihsan Jalaludin dan tertuduh diwakili Peguam Tan Song Yan.

Kes didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009, boleh dihukum mengikut Seksyen 25(2) Akta sama.

Media Baharu