
BAGAN SERAI, 15 Ogos – Tiga beranak pelarian Myanmar rentung, manakala seorang wanita cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Maju 4, Taman Serai Maju, Bagan Serai, awal pagi tadi.
- Mangsa yang maut ialah seorang lelaki berusia 27 tahun dan dua anak lelakinya, masing-masing berumur enam dan tiga tahun.
- Seorang wanita berusia 24 tahun mengalami kecederaan melecur pada tangan dan kaki, dihantar ke hospital untuk rawatan.
- Pasukan bomba menemui ketiga-tiga mangsa di dalam sebuah bilik yang sedang terbakar; mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.
- Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan forensik JBPM.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon memaklumkan, mangsa yang maut seorang lelaki berusia 27 tahun bersama dua anak lelakinya, masing-masing berusia enam dan tiga tahun.
“Seorang wanita berusia 24 tahun mengalami kecederaan melecur pada tangan dan kaki sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Dalam kejadian kira-kira pukul 5.17 pagi itu, wanita berkenaan ditemui di luar rumah sebelum memaklumkan suami dan dua anaknya masih terperangkap di dalam,” menurut kenyataan itu.
Pasukan bomba kemudian menemukan ketiga-tiga mangsa di dalam sebuah bilik yang sedang terbakar sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Siasatan awal pasukan forensik kebakaran JBPM mendapati kebakaran dipercayai bermula di dalam bilik berkenaan.