fb fb fb fb fb

Tengku Mahkota Kelantan sertai larian sempena Hari Belia Negara

Foto Bernama

KOTA BHARU, 18 Mei - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra menyertai acara Night Colour Run di Kota Bharu malam tadi sempena Festival Hari Belia Negara peringkat Negeri Kelantan.

Baginda berjalan sejauh 1.9 kilometer bersama lebih seribu peserta bermula dari Dataran Rehal dan berakhir di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Selesai program, baginda menyempurnakan perasmian festival serta menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) peringkat negeri kepada sembilan penerima membabitkan tiga kategori - lelaki, wanita dan pertubuhan.

Festival itu merupakan inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sebagai penghargaan kepada golongan belia yang gigih menyumbang kepada pembangunan negara.

Pelbagai acara diadakan termasuk pameran interaktif oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan .

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN