fb fb fb fb fb

Tengku Hassanal berangkat ke Majlis Tahlil Dan Istiadat Ziarah Makam Diraja Sempena Hari Hol Pahang

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyiram air mawar dan menabur bunga rampai ke atas makam Almarhum Sultan Ahmad Shah serta beberapa makam kerabat diraja lain

PEKAN, 22 Mei - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Tahlil dan Ziarah Makam Diraja sempena istiadat hari hol ke-5 kemangkatan Al-Marhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Makam Diraja Pekan.

Turut berangkat Tengku Panglima Raja, Brigedier Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan kerabat diraja Pahang.
 
Baginda yang tiba pada pukul 11.10 pagi tadi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.

Pada majlis itu, bacaan Yassin dan tahlil diketuai oleh Mufti Pahang Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim.

Baginda turut menyiram air mawar dan menabur bunga rampai ke atas makam Almarhum Sultan Ahmad Shah serta beberapa makam kerabat diraja lain.  

TETITIA YUSOFF