Seorang maut, tiga cedera tong gas helium meletup

Kejadian berlaku di sebuah tapak ekspo berhampiran kompleks SP Plaza/ Foto RTM

SUNGAI PETANI, 21 Mei – Seorang lelaki maut, manakala tiga yang lain cedera selepas sebuah tong gas helium yang digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak, meletup.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian berlaku di sebuah tapak ekspo berhampiran kompleks SP Plaza, Sungai Petani.
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG MERS 999 pada pukul 7.52 malam.
  • Jentera pertama dikerah ke lokasi dan tiba pada pukul 8.05 malam.

Kejadian berlaku di sebuah tapak ekspo berhampiran kompleks SP Plaza di sini, malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba II Siti Norafiza Mohd Noh mengesahkan mangsa, Azmi Ahmad, 42 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala tiga lelaki masing-masing berusia 15, 36 dan 49 tahun yang mengalami kecederaan diberi rawatan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG MERS 999 yang memaklumkan mengenai kejadian pada pukul 7.52 malam, sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada pukul 8.05 malam.

Siasatan sedang dijalankan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.