Tanah runtuh: Seorang pekerja Bangladesh maut tertimbus di Dengkil

DENGKIL, 14 Oktober -Seorang pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) warga Bangladesh maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di Cybersouth, di sini, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pekerja kontraktor TNB warga Bangladesh maut akibat tanah runtuh di Cybersouth.
  • Satu lagi pekerja cedera, dilaporkan mengalami patah tangan.
  • JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.19 petang.
  • Enam anggota bomba dari Balai Dengkil tiba di lokasi dalam lapan minit.
  • Punca kejadian masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.19 petang.

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil bergegas ke lokasi sejauh kira-kira tujuh kilometer dan tiba lapan minit kemudian.

Operasi menyelamat dilaksana dengan bantuan jentera jenis FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil.

Seorang mangsa ditemui tertimbus ketika menjalankan kerja-kerja di tapak tersebut, manakala seorang lagi cedera dengan patah tangan.

Mangsa yang tertimbus disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.