fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di Batang Kali: Dua maut, tiga cedera dan 51 masih hilang

SELANGOR, 16 Disember- Dua terkorban, tiga cedera, 51 masih hilang setakat pukul 7.00 pagi dalam kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, awal pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, keseluruhan 79 mangsa, berada di lokasi kejadian.

"Pada pukul 2.24 pagi, JBPM Selangor telah menerima panggilan kecemasan berlaku kejadian tanah runtuh di lokasi tersebut. Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang dan BBP Genting Highlands mula tiba di lokasi pada jam 3.04 pagi," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.


(Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor)

Berita berkaitan
Tanah runtuh: 100 mangsa terlibat, 37 berjaya diselamatkan di Gohtong Jaya

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.

Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan dan maklumat dari semasa ke semasa akan dikemas kini sehingga operasi selesai.

Terdahulu, laporan awal pihak berkuasa memaklumkan 100 orang dikhuatiri terlibat dalam kejadian tersebut.

Media Baharu