fb fb fb fb fb

Tambah baik keselamatan cerun, pemaju diberi tempoh seminggu - Rauf

AYER KEROH, 9 Mei - Tempoh tujuh hari diberikan kepada pemaju projek pembangunan komersial di Taman Muzaffar Syah, di sini untuk menambah baik aspek keselamatan cerun di kawasan tersebut.

Tegas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, jika pihak pemaju gagal menyiapkan dalam tempoh yang ditetapkan tindakan lebih tegas akan diambil selain menagguhkan projek tersebut buat sementara waktu sehingga satu jalan penyelesaian dapat dilakukan.

(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)

“Pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah memberikan tempoh seminggu untuk pemaju buat retifikasi dan kita akan pantau permasalah ini secara harian supaya langkah keselamatan mesti diambil daripada awal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meluangkan masa hampir satu jam mendengar aduan penduduk dan penjelasan pemaju berhubung projek berkenaan, di sini.

Tambah Rauf, pemaju juga diminta memberi perhatian kepada tuntutan ganti rugi sekiranya terdapat rumah yang terjejas akibat projek tersebut.

Media Baharu