fb fb fb fb fb

Taman Eko Rimba Puncak Janing ditutup sementara bermula hari ini

Foto Jabatan Perhutanan Kedah

PADANG TERAP, 24 Jun - Taman Eko Rimba (TER) Puncak Janing, Kuala Nerang, di sini ditutup sementara bermula hari ini susulan dakwaan berlakunya kes kencing tikus di kawasan rekreasi itu, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Muhammad Abdullah berkata, penutupan sementara kepada orang ramai bermula 24 Jun sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
 
Katanya, penutupan sementara itu adalah langkah pencegahan awal berikutan dakwaan kes penyakit kencing tikus di kawasan tersebut.

Ia juga bagi membolehkan pihak Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan menyeluruh sama ada kawasan itu menjadi punca kepada jangkitan kencing tikus atau sebaliknya.
 
"Sekiranya disahkan bebas daripada penyakit kencing tikus Taman Eko Rimba Puncak Janing akan dibuka semula kepada para pengunjung.
 
"Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkunjung ke Puncak Janing buat sementara waktu, ," kata Muhammad ketika dihubungi RTM.
 
Puncak Janing merupakan pusat rekreasi kedua yang diarah tutup sementara di Kedah susulan jangkitan penyakit kencing tikus.
 
Sebelum ini, Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa di Daerah Baling ditutup sementara kepada orang ramai bermula 17 Jun hingga suatu tarikh yang akan diamklumkan kelak.
 
Ia susulan dua individu sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Kedah akibat dijangkiti penyakit kencing tikus selepas berkunjung ke pusat peranginan berkenaan.

TETITIA YUSOFF