fb fb fb fb fb

Tahanan lolos: Tujuh lagi PATI diberkas hari ini

Tujuh PATI yang berjaya diberkas di kawasan kebun Felcra Jalan Kanchu Tapah hari ini

BIDOR, 7 Februari- 98 daripada 131 pendatang tanpa izin yang lolos dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor, berjaya diberkas semula.

Tujuh daripadanya ditahan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Mohd Naim Asnawi berkata mereka ditangkap di kawasan kebun Felcra Jalan Kanchu Tapah pukul 3 petang tadi.

Beliau berkata, pihaknya yakin baki 31 lagi tahanan yang lolos masih berada sekitar kawasan tersebut.

"Mereka masih lagi berada di sekitar kawasan Tapah tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan, jadi mereka tidak akan pergi jauh.

"Mereka akan pergi ke kawasan berdekatan untuk mencari makanan,"katanya ketika menyertai operasi tersebut.

Jelas beliau, antara cabaran dihadapi pihaknya sepanjang operasi keadaan geografi yang berbukit selain cuaca tidak menentu menyukarkan operasi mengesan tahanan.

Dua daripada keseluruhan tahanan yang lolos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE