Sultan Perak kurnia hidangan 4,203 prospek penjara Tapah

Foto FB Penjara Tapah Perak

TAPAH, 6 November – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membiayai hidangan makan tengah hari kepada 4,203 prospek Penjara Tapah bersempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menu untuk penghuni adalah sama seperti hidangan untuk tetamu majlis.
  • Majlis bersifat simbolik namun setiap prospek menerima makanan tanpa pengecualian.
  • Sumbangan kerajaan negeri diagihkan kepada semua pusat koreksional dan penjara termasuk Penjara Tapah.
  • Program diharap menyemarakkan semangat kebersamaan, menyuburkan nilai kemanusiaan dan memotivasi prospek memperbaiki diri.

Orang Besar Jajahan Daerah Muallim, Datuk Ir. Dr Safry Kamal Ahmad yang mewakili Sultan Perak berkata, menu yang disediakan kepada penghuni penjara adalah sama seperti hidangan untuk tetamu majlis.

“Majlis ini diadakan secara simbolik, namun dari segi pengagihan, setiap prospek akan menerima makanan berkenaan tanpa sebarang pengecualian.

“Setiap prospek diberikan peruntukan makanan, manakala sumbangan kerajaan negeri diagihkan kepada semua pusat koreksional dan penjara, termasuk Penjara Tapah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan penyerahan simbolik sumbangan berkenaan.

Majlis tersebut diharapkan dapat menyemarakkan semangat kebersamaan, menyuburkan nilai kemanusiaan serta memberikan motivasi kepada prospek untuk terus memperbaiki diri dan membina kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Program anjuran Jabatan Penjara Negeri Perak itu turut melibatkan Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan Chenderiang, Pusat Koreksional dan Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Penjara Satelit Kuala Kangsar serta Rumah Perantaraan Perak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.