fb fb fb fb fb

Sultan Pahang titah Ru'RASA berhampiran anak sungai dibina bertiang, lebih tinggi

FOTO FB Kesultanan Pahang

LIPIS, 3 Disember- Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar pembinaan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) yang berhampiran anak sungai dibina bertiang dan lebih tinggi.

Ia bagi mengelakkan risiko terkena banjir sekali gus mengurangkan kerugian harta benda.

"Mungkin ada kos lebih sikit tetapi jangka masa panjang lebih selamat, tengok dari segi keselamatan dan boleh ditambah baik, tidak ada makna buat rumah tapi tiap-tiap tahun menghadapai benda yang sama," katanya.

Baginda beritah demikian ketika bercemar duli  menyampaikan kunci rumah Ru'RASA kepada 15 penerima sekitar daerah Lipis, Pahang.

Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE