
KUALA LUMPUR, 19 Jun – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah disembah maklum berhubung usaha kerajaan dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur komunikasi dan memperluas liputan perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negeri Perak.
- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menghadap Sultan Nazrin bagi menyampaikan makluman mengenai usaha kerajaan.
- Tuanku memberi perhatian khusus terhadap aspek keselamatan dalam talian.
- Datuk Fahmi mendoakan kesejahteraan Tuanku dan Kerabat Diraja serta berkongsi perkembangan menerusi hantaran Facebook.
Perkara itu disembah maklum Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika sesi menghadap semalam.
Datuk Fahmi berkata di samping itu, aspek keselamatan dalam talian termasuk usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh perlindungan pengguna dan mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat turut mendapat perhatian Sultan Nazrin.
“Patik sentiasa mendoakan agar Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja Perak dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan yang berterusan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.