fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin berkenan menghadiri forum Program Wacana Pemikir Global 2024

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri Forum "Where is Malaysia Heading? The Next Economic Frontier and Future of Malaysia in The Era of New Global Uncertainties" di Universiti Malaya

KUALA LUMPUR, 22 Januari- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menghadiri Forum "Where is Malaysia Heading? The Next Economic Frontier and Future of Malaysia in The Era of New Global Uncertainties" yang mengisi Program Wacana Pemikir Global 2024 .

Hala tuju dan masa depan negara antara isu yang diketengahkan dalam Forum bertemakan “The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia" itu yang diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) meluangkan hampir tiga jam mendengar syarahan bertajuk "ASEAN to 2050 and 2100 : Towards a Future of Sustainable Development " yang disampaikan Presiden UN Sustainable Development Solutions Network, Professor Dr. Jeffrey D. Sachs.

Wacana Pemikir Global 2024 terdahulu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sebelah pagi.

Program tersebut mengumpulkan para akademik dan pakar terkemuka dari dalam dan luar negara bagi berbincang dan berbahas mengenai isu-isu kritikal yang dihadapi negara bagi tempoh 100 tahun akan datang.

Hasil dapatan program itu nanti bakal dijadikan rujukan intelektual untuk mencorak imaginasi dan dasar strategik masa depan yang memberi pulangan kepada negara. 

Pada masa sama diyakini dapat menghasilkan impak serta mengangkat kecemerlangan negara dan kemanusiaan dalam 100 tahun akan datang. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE