
KUALA LUMPUR, 25 Mac – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan tiga daerah di Kedah mencatatkan Tahap 2 (gelombang haba) setakat pukul 4 petang hari ini.
- Pokok Sena, Pendang dan Baling merekodkan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
- Sebanyak 18 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1, melibatkan Perlis dan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang dan Johor.
- MetMalaysia menjelaskan Tahap 1 bermaksud suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari.
Antara daerah terlibat ialah Pokok Sena, Pendang dan Baling yang merekodkan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Selain itu, sebanyak 18 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) melibatkan seluruh Perlis serta beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang dan Johor.
Sementara itu di Kedah, kawasan terjejas ialah Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang melibatkan Timur Laut dan Utara.
Di Perak pula, kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah, selain Pasir Mas di Kelantan, Jerantut di Pahang serta Segamat di Johor.
Menurut MetMalaysia, Tahap 1 merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.