fb fb fb fb fb

Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268

Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah (empat, kiri) berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Turut berangkat ke mesyuarat tersebut ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah serta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berangkat, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Sultan Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Manakala Sultan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Selain itu, mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua Menteri.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara.

Kali terakhir mesyuarat berkenaan dilaksanakan pada 23 Oktober lepas selama dua hari yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

ROSLINA BINTI DIN