fb fb fb fb fb

Sultan Kedah berkenan berangkat ke majlis ramah mesra diraja

Foto Kedah Royal Family

ALOR SETAR, 11 April- Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff perkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Diraja Bersama Kerabat Diraja Negeri Kedah Sempena Hari Raya Aidilfitri.

Majlis diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tuanku Puan Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff.

Berangkat sama, Che Puan Besar Kedah, Tuanku Hajjah Haminah Hamidun, Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah, cucunda Sultan Kedah, Tunku Sulaiman Badlishah, serta kerabat-kerabat diraja yang lain.

Dalam majlis sama, Sultan Kedah dan Sultanah Kedah bersama-sama keluarga diraja turut bercemar duli mengurniakan duit raya kepada anak-anak cucu kerabat yang hadir. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM