Kapal tangki Yaman yang dirampas masuk perairan Somalia – Pengawal pantai

Foto REUTERS

DOHA, 4 Mei – Sebuah kapal tangki minyak berdaftar Togo, M/T EUREKA, memasuki perairan wilayah Somalia pada Ahad selepas dirampas di luar pantai Yaman, menurut pengawal pantai Yaman, lapor Sputnik/RIA Novosti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Membawa kira-kira 2,800 tan diesel, dikawal sembilan warga Somalia bersenjata termasuk RPG.
  • Dirampas berhampiran pantai tenggara Yaman dan dialihkan ke arah Somalia; muatan dari Emiriah Arab Bersatu.
  • Kru seramai 12 orang terdiri daripada warga Mesir dan India.
  • Pengawal pantai tidak dapat memintas; berpatah balik ke pangkalan Aden kerana kekangan operasi, keselamatan kru dan keadaan laut.

“Kapal tangki itu, yang membawa kira-kira 2,800 tan bahan api diesel, sedang meneruskan pelayaran menuju ke pantai timur laut Somalia di bawah kawalan sembilan warga Somalia bersenjata pelbagai jenis senjata termasuk RPG,” menurut pengawal pantai itu.

Kapal tangki itu dirampas pada Sabtu berhampiran pantai tenggara Yaman sebelum dialihkan ke arah Somalia. Kapal itu membawa muatan diesel dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). Terdapat 12 kru kapal terdiri daripada warga Mesir dan India di atas kapal, menurut pengawal pantai Yaman.

Pengawal pantai memaklumkan kapal mereka tidak dapat memintas kapal tangki itu dan terpaksa berpatah balik ke pangkalan di pelabuhan Aden di Laut Merah berikutan kekangan operasi, faktor keselamatan kru serta keadaan laut.- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI