Sultan Kedah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-84

Foto BERNAMA

ALOR SETAR, 5 Julai – Sultan Kedah, Al Alminul Karim Sultan Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang Ke-84, di Dataran Medan Bandar, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keberangkatan disambut Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali; turut berangkat Raja Muda dan Tunku Mahkota Kedah.
  • Perbarisan melibatkan tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Keenam RAMD, diketuai Mejar Muhammad Nasrullah Abdullah.
  • Pegawai pembawa panji: Leftenan Muda Muhammad Aiman Hanif Samsudin; Sarjan Mejar panji ialah Pegawai Waran 1 Mohd Fairuz Ramli.
  • Kawalan kehormatan diketuai Kapten Muhamad Fauzee Japar; 21 das tembakan meriam oleh 41 Bateri dipimpin Mejar Hafizan Md Ghani; terbang lintas turut diadakan.

Keberangkatan tiba Baginda disambut Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Seramai tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) terlibat perbarisan yang diketuai Mejar Muhammad Nasrullah Abdullah.

Pegawai Pembawa Panji-panji pula ialah Leftenan Muda Muhammad Aiman Hanif Samsudin, manakala Sarjan Mejar Rejimen Panji-Panji ialah Pegawai Waran 1, Mohd Fairuz Ramli.

Kawalan Kehormatan Utama diiringi Pancaragam Pusat RAMD
di bawah pimpinan Kapten Muhamad Fauzee Japar dan dibantu Sarjan Mohd Shahrilaizad Bakhtiar.

Kawalan kehormatan turut diiringi 21 das tembakan meriam oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja pimpinan Mejar Hafizan Md Ghani dari 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja Kem Sungai Buluh, Selangor.

Turut berlangsung acara terbang lintas dua pesawat EC One Two Zero Bravo dari Institut Penerbangan INSPEN 2 dan tiga pesawat PC-7 MK 2 dari INSPEN 1.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.