fb fb fb fb fb

Suami isteri ditemukan meninggal dunia dirumah

FOTO HIASAN

SEREMBAN, 2 Januari - Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di kondominium Jalan Keliling, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisionar ACP Arifai Tarawe berkata laporan mengenai kejadian itu diterima kira-kira pukul 12.49 tengah hari.

Mangsa merupakan lelaki warga asing berumur 34 tahun, seorang tenaga pengajar sekolah antarabangsa di Port Dickson manakala isterinya, warga tempatan berusia 31 tahun, adalah doktor di sebuah klinik pergigian di Linggi.

"Siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya menerusi kenyataan itu.

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-770 7282 atau Ibu Pejabat Daerah Seremban di 06- 6033 222.

TETITIA YUSOFF