
DUNGUN, 18 Ogos – Seekor beruang matahari yang sebelum ini menjadi kebimbangan lebih 300 penduduk Kampung Padang Ping, Dungun, Terengganu berjaya ditangkap pihak berkuasa, hari ini.
- Beruang jantan sekitar 50 kilogram ditangkap selepas memasuki perangkap PERHILITAN kira-kira pukul 3.00 pagi.
- Haiwan dipercayai keluar mencari makanan di kebun penduduk berikutan musim buah-buahan kampung.
- PERHILITAN melakukan pemantauan dan memasang beberapa perangkap di laluan dikenal pasti.
- Operasi pemindahan selesai kira-kira pukul 11.00 pagi; haiwan akan dihantar ke lokasi habitat sesuai dan penduduk lega.
Beruang jantan seberat kira-kira 50 kilogram itu berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Dungun, kira-kira pukul 3.00 pagi tadi.
Kehadiran beruang berkenaan sejak seminggu lalu telah mencetuskan kebimbangan penduduk terbabit khususnya mereka yang tinggal berhampiran kawasan hutan simpan.
Haiwan liar itu dipercayai keluar untuk mencari makanan di kawasan kebun penduduk berikutan musim buah-buahan di kampung berkenaan.
Sepanjang tempoh berkenaan, pihak PERHILITAN telah menjalankan pemantauan dan memasang perangkap di lokasi yang dikenal pasti menjadi laluan haiwan liar itu.
PERHILITAN telah memasang beberapa perangkap di kawasan berkenaan petang semalam iaitu lokasi haiwan itu dilihat sering berkeliaran.
Tangkapan itu sekali gus melegakan penduduk kampung yang sebelum ini bimbang keselamatan mereka dan keluarga, ekoran kehadiran haiwan liar itu berhampiran kawasan kediaman mereka.
Operasi memindahkan beruang terbabit selesai sepenuhnya kira-kira pukul 11.00 pagi tadi dan haiwan itu akan di hantar ke okasi yang sesuai dengan habitatnya.