RTM, SPR perkukuh kerjasama tingkat kefahaman demokrasi

Dari kiri : Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, Ketua Pengarah RTM, Ashwad Ismail dan Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md. Shahri Saripan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkukuh hubungan serta kerjasama strategik, khususnya dalam memastikan penyampaian maklumat berkaitan pilihan raya kepada masyarakat dilakukan secara tepat, telus dan sahih.

RINGKASAN BERITA AI
  • RTM dan SPR memperkukuh kerjasama strategik untuk memastikan penyampaian maklumat pilihan raya tepat, telus dan sahih.
  • Sesi perbincangan strategik menjadi platform untuk memperkukuh penyampaian maklumat pilihan raya dan meningkatkan kesedaran demokrasi masyarakat.
  • Kedua agensi komited memastikan masyarakat mendapat akses maklumat berautoriti, boleh dipercayai dan bertanggungjawab bagi memperkukuh keyakinan terhadap demokrasi.

Komitmen itu dizahirkan menerusi kunjung hormat Ketua Pengarah RTM, Ashwad Ismail kepada Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun di pejabat SPR, di Putrajaya, hari ini.

SPR memaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasminya, sesi berkenaan menjadi platform perbincangan strategik antara kedua-dua agensi bagi memperkukuh penyampaian maklumat pilihan raya dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai proses demokrasi negara.

“Kerjasama RTM dan SPR penting bagi memastikan masyarakat mendapat akses kepada maklumat pilihan raya serta berita semasa yang berautoriti dan boleh dipercayai, sekali gus membantu meningkatkan keyakinan terhadap proses demokrasi negara,” menurut hantaran tersebut.

Delegasi RTM turut disertai Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md. Shahri Saripan; Timbalan Pengarah BES, Norfadzilah Hashim; Timbalan Pengarah Berita Radio, Azmah Ab Wahab serta barisan pengurusan RTM.

Manakala delegasi SPR pula terdiri daripada Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom; Ahli SPR, Datuk Dr. Lee Bee Phang; Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus serta barisan pengurusan SPR.

Kunjungan itu mencerminkan komitmen kedua-dua agensi untuk terus memperkukuh penyampaian maklumat berkaitan demokrasi dan pilihan raya, selaras dengan kepentingan memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat, sahih dan bertanggungjawab.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.