Stesen radio negeri bawah RTM perkukuh penyampaian dasar kerajaan kepada rakyat

Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail/RTM

MELAKA, 14 Mei –Setiap stesen radio negeri bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) memainkan peranan penting dalam menyampaikan dasar kerajaan persekutuan dan negeri kepada rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memastikan maklumat disampaikan terus dan difahami di peringkat akar umbi
  • Pembangunan negeri dan negara perlu diselaraskan bagi memperjelas naratif dan penyampaian dasar
  • Kejelasan dasar memberi manfaat dan kebaikan terus kepada masyarakat
  • Platform media sosial Melaka FM sangat efektif, menarik pengguna tempatan dan perhatian antarabangsa

Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail berkata, ia bagi memastikan maklumat yang disampaikan dapat diterima secara terus dan difahami di peringkat akar umbi.

“Dalam merapatkan pemahaman mengenai pembinaan negara secara keseluruhannya, pembangunan negeri dan negara perlu diselaraskan bagi memastikan naratif, penyampaian maklumat serta kefahaman terhadap dasar-dasar yang dijalankan dapat diperjelaskan dengan baik.

“Akhirnya, pihak yang mendapat manfaat dan kebaikannya ialah masyarakat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Melakafm Bersama Ketua Pengarah Penyiaran di Auditorium Melakafm, Jalan Taming Sari.

Dalam pada itu, Ashwad menyifatkan platform media sosial Melaka FM sebagai sangat efektif apabila mendapat sambutan pengguna bukan sahaja dari negeri itu, malah turut meraih perhatian di peringkat antarabangsa.