fb fb fb fb fb

SPR mesyuarat khas Rabu ini bincang PRU DUN enam negeri

KUALA LUMPUR, 3 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 melibatkan enam negeri pada Rabu ini.

Ia selepas SPR menerima notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker masing-masing.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Abdul Ghani Salleh.

"Ia akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut.

Terdahulu enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan serta Terengganu sepakat membubarkan DUN masing-masing pada Jun dan Negeri Sembilan pada 1 Julai lalu bagi memberi laluan kepada PRU DUN masing-masing.

Kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan enam mata antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Datuk Seri Aminuddin Harun (Negeri Sembilan), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (Kedah), Datuk Ahmad Yakob (Kelantan), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Keenam-enam negeri itu tidak mengadakan PRU DUN serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

BERITA BERKAITAN:
DUN N.Sembilan bubar secara rasmi, mandat lima tahun lengkap
DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai ini- Aminuddin
DUN Pulau Pinang rasmi bubar hari ini, beri laluan kepada PRN
DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'
Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu, mohon tarikh bubar DUN
DUN Kedah secara rasmi bubar hari ini
DUN Kedah bubar pada 28 Jun
Dewan Negeri Kelantan bubar
DUN Selangor bubar secara automatik 25 Jun

Media Baharu