fb fb fb fb fb

Tragedi kepala air: Radius pencarian mangsa diperluaskan

(FOTO RTM)

KEMAMAN, 3 Julai-Radius pencarian lapan lagi mangsa hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar telah diperluaskan sehingga 32 kilometer(KM) sehingga ke muara sungai Kemaman.

Menurut Ketua Polis daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata pasukan penyelamat telah dipecahkan kepada tiga zon dengan kerjasama pasukan Bomba.

"Kita telah membuat taklimat awal kepada petugas keselamatan dan penyelamat untuk memulakan tugas.

"Radius pencarian hari ini telah diperluaskan dengan seluas 32 kilometer persegi dan dipecahkan kepada tiga zon.

"Zon pertama bermula daripada tempat kejadian sejauh 8 kilometer.Manakala zon kedua pula sejauh 15 kilometer daripada balai Air Putih menghala ke empangan Sungai Pinang dan zon 3 Sungai Pinang hingga ke muara Sungai Kemaman", kata Hanyan yang ditemui di sini.

Semalam media melaporkan 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Mawar, di sini pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.


(Ketua Polis Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan)

Media Baharu