fb fb fb fb fb

New Zealand rakan kongsi strategik industri halal Malaysia

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia Mike Walsh ketika sesi pertukaran nota antara Malaysia dan New Zealand berkaitan HIA /BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Oktober- Malaysia dan New Zealand komited memperkukuh kerjasama dalam industri Halal, dengan visi menjadikan Malaysia sebagai pintu utama produk Halal ke pasaran ASEAN, manakala New Zealand sebagai rakan kongsi strategik dan dipercayai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia dan New Zealand bersetuju untuk meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 50 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Saya bertemu dengan rakan sejawata kami serta Persatuan Muslim di New Zealand. Mereka sangat komited. Terdapat tiga persatuan yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan sijil Halal. Kami juga menjalinkan kerjasama bersama mereka. Dan mana-mana produk Halal diterima dengan baik oleh para pengguna di negara tersebut," katanya.

"Kami ingin mengalu-alukan sebarang produk Halal dari New Zealand, dan saya berpandangan bahawa perbincangan mengenai industri Halal hari ini kekal menjadi tunjang kepada kerjasama kita. Malaysia diiktiraf di peringkat global melalui pensijilan Halal JAKIM Ketua Pengarahnya turut hadir di sini serta Majlis Halal Malaysia. Kami kini dalam proses menubuhkan Majlis Halal ASEAN, dan New Zealand juga dialu-alukan untuk menyertai Majlis Halal ASEAN tersebut, ujarnya ketika berucap pada acara Diplomasi Halal yang dianjurkan oleh New Zealand.

Majlis berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Tambahnya, industri halal dilihat bukan sekadar tentang perdagangan, tetapi lebih kepada kepercayaan, integriti, ketelusan, dan nilai-nilai bersama yang menyatukan Malaysia dan New Zealand.

Malaysia dan New Zealand turut menyambut baik pemuktamadan Aturan Pelaksanaan Halal (HIA).

Kedua-dua negara sedang memperkukuh asas bagi pembangunan satu sistem yang akan memudahkan proses pensijilan serta meningkatkan keyakinan terhadap integriti rantaian bekalan Halal.

SITI NOORAIN ABDULLAH