fb fb fb fb fb

Insiden KLIA: Anwar akui segelintir petugas Imigresen masih amal 'sistem lama'

(FOTO RTM)

PUTRAJAYA, 3 Julai -Majoriti petugas Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjalankan tugas dengan baik, dan hanya segelintir kecil yang masih biasa dengan sistem dan amalan lama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan, kerajaan melalui pihak berkuasa berkaitan perlu bertindak segera dan tegas dalam menangani sebarang tindakan yang dilihat boleh menjejaskan mutu perkhidmatan penjawat awam serta imej pentadbiran negara. 

"Semalam saya sempat ke KLIA kerana ada sedikit keributan kecil.. tentunya saya lihat semua kaunter Imigresen berfungsi.

"Maknanya majoroti staf Imigresen menjalankan tugas dengan baik. Tetapi sebagaimana juga kita sedar dan sering saya tekankan, ada sekumpulan kecil yang masih biasa dengan sistem dan amalan lama.

Saya percaya hal itu adalah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak", katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini.

Perdana Menteri bagaimanapun menjelaskan adalah tidak wajar untuk terus memberikan perspektif umum terdapat kerosakan dalam Imigresen.

Dalam lawatan mengejut beliau kira-kira 30 minit ke KLIA semalam, Datuk Seri Anwar merumuskan urusan dan pengoperasian Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan JIM adalah terkawal, serta menyatakan beberapa permasalahan yang ada akan disusuli dengan siasatan bagi penambahbaikan dan tindakan wajar.


(Foto RTM)

Artikel berkaitan
Imigresen mulakan siasatan dakwaan insiden kekecohan libat menteri
Dakwaan rasuah di KLIA : PM beri jaminan siasatan menyeluruh
Dakwaan rasuah di KLIA, SPRM jalankan siasatan

Media Baharu