fb fb fb fb fb

Isu laungan azan: Selesaikan secara berhemah

(FOTO RTM)

BUTTERWORTH, 3 Julai-Isu laungan azan di di masjid kawasan Sungai Puyu perlu diselesaikan secara baik tanpa sebarang unsur-unsur provokasi.

Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP),Datuk Zakiyuddin Abd Rahman berkata, kariah masjid berkenaan wajar mengadakan perbincangan bersama bagi menyelesaikan perkara berkenaan dengan cara berhemah.

"Sepatutnya Jawatankuasa masjid berbincang dengan penduduk kawasan.

Tidak perlu bangkitkan isu tersebut. Berkaitan dengan aduan oleh penduduk terbabit, ia perlu diselesaikan secara baik", katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lot Tanah Wakaf Co-op Bank Pertama Kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang Di Masjid Jamek Nurul Iman, Kubang Menerong, Kepala Batas.

Pada 28 Jun lalu, satu laporan polis telah dibuat oleh individu berkaitan tindakan seorang lelaki warga tempatan yang tidak dikenali meminta pengadu memperlahankan bunyi azan kerana mendakwa terlalu kuat hingga mengganggu penduduk sekitar di kawasan Sungai Puyu.

Susulan itu, pihak polis  sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu dan berharap semua pihak mengambil jalan tengah dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.


(Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP),Datuk Zakiyuddin Abd Rahman)

Media Baharu