fb fb fb fb fb

Kanak-kanak lelaki jatuh longkang ditemukan lemas

Foto JBPM Melaka

ALOR GAJAH, 27 November - Kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah petang tadi, ditemukan lemas.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata mayat mangsa ditemukan pada 8.35 malam selepas pencarian selama dua jam setengah.

"Mangsa berumur 11 tahun dan mayatnya ditemukan tersangkut pada sebatang pokok kira-kira 600 meter dari lokasi terakhir dia dilihat,” katanya.

Beliau berkata Pasukan Penyelamat di Air melaksanakan 'rapid deployment approach' dan pencarian di permukaan air berikutan paras air yang tinggi dan deras.

Terdahulu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, PBK I Zaidi Kadiron mengesahkan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar pukul 5.47 petang.

Berdasarkan maklumat orang awam, mangsa terjatuh ke dalam longkang menghala ke kawasan tadahan akibat arus deras susulan hujan lebat.

 

EZA YUSMAWATI YAACOP