fb fb fb fb fb

Kuching, Serian dan Samarahan, amaran hujan berterusan kategori bahaya

Foto MetMalaysia

KUCHING, 1 Januari -Amaran hujan berterusan kategori bahaya dikeluarkan pukul 11.45 malam tadi, untuk tempoh hari ini melibatkan Kuching, Serian dan Samarahan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, kategori peringkat buruk melibatkan kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).
Manakala peringkat waspada dikeluarkan bagi kawasan Meradong, Sibu, Mukah dan Bintulu.

Dalam perkembangan berkaitan, bacaan taburan hujan sejak tengah malam tadi yang dikeluarkan menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan Stesen Rampangi di Bahagian Kuching melalui Lembangan Sungai Santubong mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 198.5 milimeter, mm.

"Ia diikuti Stesen Malihah, Sungai Sarawak dengan catatan 187 mm, manakala Stesen Matang di Lembangan Sungai Sibu Laut merekodkan bacaan 175.5mm," menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Bagi catatan aras air pula, dua stesen di Kuching mencatatkan aras air kategori bahaya, iaitu keadaan air sungai mula melimpah melibatkan Stesen Malihah dengan bacaan 1.73 meter dan Stesen Desa Wira dengan bacaan 3.84 meter.

Dalam pada itu, tiga stesen berada pada tahap amaran, masing-masing melibatkan Stesen Batu Kitang Telemetry, Central Park dan Batu Kawa Bridge.

TETITIA YUSOFF