fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat tahun baharu 2026

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 1 Januari - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Seri Paduka Baginda berdua berdoa agar tahun baharu ini membawa kesejahteraan serta kemakmuran yang berterusan kepada negara dan rakyat jelata.

Dalam titah baginda, Sultan Ibrahim turut menyeru rakyat Malaysia agar terus memperkukuhkan perpaduan nasional serta saling menghormati antara satu sama lain demi memastikan keharmonian dan kestabilan negara sentiasa terpelihara.

Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan doa agar Malaysia sentiasa dilindungi Allah S.W.T serta dikurniakan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan yang berpanjangan.

AMIRULL SHAFFIQ BIN ABDUL GHANI