fb fb fb fb fb

Penunggang motosikal maut terperosok bawah kereta

(FOTO RTM)

LIPIS, 3 Julai-Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kereta dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan berhampiran susur keluar Felda Chegar Perah, Lebuhraya Central Spine Road (CSR), Lipis pada awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis menerima laporan berhubung kemalangan itu jam 4.05 pagi.

Susulan itu, lapan anggota dan pegawai daripada balai bomba dan penyelamat (BBP) Kuala Lipis bersama jentera dikejarkan ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan empat kereta dan sebuah motosikal manakala mangsa terperosok di bawah salah sebuah kereta terlibat.

Zulfadli berkata, pihak bomba terpaksa menggunakan khidmat lori tunda untuk mengalihkan kereta bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


(FOTO RTM)

Media Baharu