Pesara kerajaan maut rempuh tiang lampu solar

BAU, 29 Oktober – Seorang pesara kerajaan maut selepas kereta dipandunya merempuh sebatang tiang lampu di Kilometer 2, Jalan Bau-Lundu malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pesara kerajaan, Nyopas Rinag, 61, maut selepas kenderaan dipercayai hilang kawalan dan merempuh tiang lampu solar.
  • Kejadian berlaku sekitar 7.20 malam di Kilometer 2, Jalan Bau‑Lundu ketika mangsa dalam perjalanan solo.
  • Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; mangsa disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A. Rahman, dalam kejadian sekitar pukul 7.20 malam itu, kereta yang dipandu mangsa Nyopas Rinag, 61 dipercayai dalam perjalanan dari Pasar Bau ke Kampung Stenggang.

“Mangsa yang memandu seorang diri dipercayai hilang kawalan dan merempuh tiang lampu solar di bahu sebelah kiri jalan.

“Mangsa disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik yang respon ke lokasi,” kata Pemangku Superintenden Mohd Haide.

Beliau mengesahkan kes tersebut kepada media di Kuching dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.