KUALA LUMPUR, 3 JulaiĀ -Belia mempunyai idealisme yang sangat penting kerana mereka didedahkan pemikiran lebih progresif.
Justeru, Program Temu Anwar merupakan platform terbaik untuk kepimpinan tertinggi kerajaan, membincangkan secara bersama-sama demi masa depan negara.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin berkata program berkenaan akan terus diadakan sebagai sebahagian usaha untuk mendekati belia dan anak muda.
"Belia ini bukan sahaja sangat peka. Kalau kita lihat di Media Sosial, mereka dapat menyuarakan pandangan secara berani.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan harus peka dan memahami jiwa belia kini", katanya yang ditemui selepas program Selamat Pagi Malaysia.
Tegas Azman, dalam usaha memperkukuh semangat Malaysia Madani, kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap golongan itu dengan memastikan luahan sentiasa didengari.
(Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin)