fb fb fb fb fb

Op HRAA 2023: JPJ keluarkan 40,789 saman

(FOTO RTM)

ALOR SETAR, 3 Julai -Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 40,789 saman atas pelbagai kesalahan sempena Op Hari Raya Aidiladha 2023 (OP HRAA).

Pengarah Kanan (Penguatkuasaan) JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata selain itu 201 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan termasuk gagal memperbaharui perlindungan insurans dan tidak mempunyai lesen memandu, serta kesalahan-kesalahan lain.

"Sepanjang tiga hari operasi, sebanyak 15,254 notis dikeluarkan kerana memandu melebihi had laju. 4,743 notis kesalahan melanggar lampu isyarat. Ini boleh  mengakibatkan kecederaan parah dan kemalangan maut", kata Lokman.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Aidiladha di Alor Setar malam tadi. Hadir sama Pengarah JPJ Kedah  Aman Shah Hashim, 

Sementara itu, Lokman turut memaklumkan penunggang motosikal merupakan paling banyak melakukan kesalahan lalu lintas.

Sebanyak 153 motosikal dirampas sepanjang Op HRAA; melibatkan 9,118 kes memandu tanpa lesen dan 1,987 kes menunggang motosikal tanpa perlindungan insurans.

Tambahnya, 60% kemalangan maut pula membabitkan penunggang motosikal berusia 15 hingga 25 tahun.


(Pengarah Kanan (Penguatkuasaan) Jabatan Pengangkutan  Jalan JPJ, 
Datuk Lokman Jamaan)

Media Baharu